Monday, 8 March 2010

Pisang Keju

baru2 ni saya bercuti ke bandung... ini adalah salah satu feberet saya masa disana..
mudah sgt nk buatnya...
bahan2:
5 biji pisang berangan masak (tp jgn terlalu ranum)
1 sudu besat butter
2 sudu besar susu pekat
parutan cheddar cheese & choc rice secukupnya
cara:
- panaskan butter atas non stick pan.
- bakar pisang sehingga kekuningan.
- susun atas pinggan.
- sapukan susu pekat & tabur parutan cheddar cheese & choc rice.
- dah siap... senang bangat...
- Selamat Mencuba-
kak niza


Nasi Tomato



bahan2:
4 cawan beras basmathi (nk guna beras biasa pun boleh)
4 cawan air (ikut sukatan cawan yg biasa korang guna utk masak nasi)
1 cawan susu cair
1 kiub ayam
bahan2 tumis:
1 labu bwg besar } dikisar
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 helai daun pandan } disimpul
1 tin kecil tomato puri
1/2 btg lobak merah } diparut kasar
1/2 cawan kismis garam secukup rasa
5-6 sudu marjerin utk menumis
bwg goreng utk hiasan
cara:
- bersihkan beras, rendam 20minit & toskan.
- panaskan marjerin, masukkan daun pandan, tumis bwg besar, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga.
- kacau sebentar sehingga naik baunya tp jgn terlalu garing.
- masukkan pula tomato puri, kacau sebentar, masukkan beras & kacau sebati (jgn kacau terlalu kuat nanti beras patah & nasi tak cantik).
- masukkan air, susu cair, kiub ayam & garam secukup rasa.
- kacau sekali sekala supaya nasi tak hangit.
- bila nasi dah kering, pindahkan ke dlm periuk kukus (panaskan periuk kukus terlebih dahulu).
- taburkan kismis & lobak merah & kukuslah sehingga nasi masak.
- taburkan bawang grg sbg hiasan.

-Selamat Mencuba -
kak niza

Ayam Bakar Madu


bahan2:
1 ekor ayam (yg saiz sederhana)
1 kiub ayam
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 ulas bawang putih } ditumbuk
1cm halia } ditumbuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara-cara:-
- bersihkan ayam. ikut korang le nk potong 4 ayam tu or nak bakar sekor2 terus.
- kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
- perapkan sekurang2nya 30 minit atau lebih. lg lama lg elok
- kemudian grill kan dalam microwave atau bakar dlm oven sampai ayam masak.
- kalo bakar guna oven, jgn lupa panaskan oven dulu.
bahan2 utk sos:
4 sudu besar sos lada hitam
3 sudu sudu besar sos BBQ
2 sudu besar sos cili
3 ulas bwg putih } ditumbuk
garam/gula secukup rasa
- masak semua bhn2 sos atas api sampai sebati.
- adjust sendiri kepekatan sos dgn menambah air, garam, gula ikut citarasa sendiri.
- sos boleh dituang atas ayam ketika menghidang.
- boleh juga dihidang dgn sayur2an yg distim (ikut le kreativiti korang ye..)

-Selamat Mencuba-
kak niza

Wednesday, 27 January 2010

Spaghetti Goreng

asyik makan nasi jerr.. sesekali ubah selera.. try pasta pulak...
bahan2:
1 paket spaghetti (any brand also can lahh)
1 tin (290gm) sos spaghetti prego cheese & herbs
5 btg sosej } dihiris nipis & digoreng
5 ekor sotong
4 ulas bwg putih } dicincang
1 mangkuk kecil brokoli
1 biji tomato } hiris nipis
1 sudu besar serbuk lada hitam
oregano, lada sulah & garam secukup rasa
sedikit minyak utk menumis

cara memasak :

- rebus air secukupnya, bila mendidih masukkan sedikit minyak masak & rebus spaghetti sampai lembut. angkat & toskan.
- panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
- masukkan sotong, goreng hingga masak.
- masukkan pula brokoli, goreng lg hingga brokoli cukup lembut tp jgn sampai over cooked.
- angkat & ketepikan.
- dgn menggunakan kuali yg sama, panaskan sos spaghetti prego. bila dah cukup panas masukkan spaghetti yg dah direbus, kacau mesra & sebati.
- tabur serbuk lada hitam, lada sulah, oregano & garam ikut citarasa sendiri. kacau goreng semua bahan hingga mesra.
- akhirnya masuk semula sosej, sotong & brokoli yg dah siap digoreng & tomato. kacau goreng sebentar & adjust le rasa ikut selera tekak sendiri ye...
Selamat Mencuba
- kak niza -

Monday, 21 December 2009

Puding Kastard Karamel (tanpa telur)

sedap ni... senang je nak buatnya...

bahan2 :
2 sudu besar gula (utk buat karamel / gula hangus)
1 bungkus agar2 serbuk (8 or 10gram)
4 cawan air
2 1/2 senduk gula (boleh kurangkan/adjust ikut citarasa sendiri)
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila


cara membuat:
- sediakan karamel or gula hangus. cairkan 2 sudu besar gula sehingga sedikit keperangan. tuangkan terus ke dlm acuan puding.
- masak agar2 bersama air & gula sehingga semua bahan larut & sebati.
- dlm bekas yg lain, satukan susu cair, tepung kastad & esen vanila. kacau sebati.
- kecilkan api & masukkan adunan susu & tepung kastad tadi.
- kacau sekejap atas api sehingga adunan sedikit pekat.
- tapis adunan ke dlm acuan puding & biar beku.
Selamat Mencuba
- kak niza -

Wednesday, 28 October 2009

Cucur Jagung

sedap dimakan bila2 masa...di mana aje...


nak lagi sedap cicah dengan sos cili...


bahan2 :
1 cawan isi jagung
8 ekor udang saiz sederhana} dipotong kecil
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil yis mauripan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1/2 biji bawang besar } dicincang
1 biji cili merah } buang biji & dicincang (optional bg yg suka pedas)
3/4 cawan air
minyak secukupnya utk menggoreng cucur

cara :
- masukkan semua bahan dlm mangkuk adunan (kecuali air & minyak).
- masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
- rehatkan adunan sekejap lebih kurang 30minit.
- goreng cucur (pastikan minyak cukup panas sblm mula menggoreng).

Selamat Mencuba
- kak niza -

Tuesday, 27 October 2009

Apam Pisang


sesuai utk juadah ptg or sarapan pagi...lembut & gebuussss je...


bahan2 :
(utk saiz loyang yg kecil)
2 biji telur
1/2 cawan gula
*1 cawan tepung gandum
*1/2 sudu kecil soda bikarbonat
*1/2 sudu kecil baking powder
6 biji pisang embun/emas/berangan (saiz sederhana kecil)
secubit garam
1/2 sudu kecil esen vanila

cara :
- panaskan kukusan terlebih dahulu.
- pisang dilecek halus.
- bahan2 yg bertanda * diayak bersama.
- pukul telur & gula sehingga kembang.
- masukkan campuran tepung & kaup sebati.
- masuk pula pisang, garam & esen vanila. kaup hingga rata & sebati.
- sapukan loyang dgn sedikit minyak masak.
- masuk adunan ke dlm loyang & kukus dgn api sederhana lebih kurang 40-45minit.
- bila apam dah sejuk keluarkan dr loyang & potong.

Selamat Mencuba
- kak niza -