Monday, 21 December 2009
Puding Kastard Karamel (tanpa telur)
Wednesday, 28 October 2009
Cucur Jagung
Selamat Mencuba
- kak niza -
Tuesday, 27 October 2009
Apam Pisang
Tuesday, 20 October 2009
Sheperd's Pie
Selamat Mencuba
- kak niza -
Monday, 5 October 2009
Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam } diperap dgn sedikit garam & kunyit
1 biji bawang besar } dipotong bulat
1 biji bawang besar } dikisar
3 ulas bawang putih } dikisar
1 inci halia } dikisar
1 inci lengkuas } dikisar
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato puri (boleh diganti dgn sos tomato)
1 batang serai } dititik/diketuk
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
garam & gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
cara :
- panaskan minyak. goreng ayam yg diperap td sehingga masak (tak perlu terlalu garing sbb kalau garing sgt ayam masak merah akan jd keras). angkat & ketepikan.
- kurangkan minyak yg diguna td. tinggalkan secukupnya utk menumis.
- tumis serai, kulit kayu manis, bunga cengkih, pelaga & bunga lawang sampai naik baunya.
- masukkan semua bahan kisar, kacau sehingga wangi.
- masukkan cili kisar & goreng hingga garing & naik minyaknya.
- masuk pula tomato puri or sos tomato.
- gaul semua bahan hingga mesra & bolehlah sesuaikan rasa dgn garam & gula secukupnya.
- masukkan ayam goreng td. kalau suka berkuah boleh le tambah sedikit air.
- bila ayam sebati dgn semua bahan masukkan pula hirisan bawang besar utk menambah aroma. goreng sekejap shj & bolehlah dihidangkan.
Wednesday, 30 September 2009
Nasi Ayam & Ayam Goreng Madu
3 ulas bawang merah } ditumbuk halus
- cili merah & bwg putih dikisar bersama cuka.
utk membuat sos kicap :
utk membuat sup ayam :
hidangkan nasi ayam bersama ayam goreng madu, sos cili, sos kicap, sup ayam serta timun, tomato & daun salad sbg ulam-ulamannya.
Thursday, 10 September 2009
Pancake
2 sudu besar gula
1 biji telur ayam
1 cawan susu segar
1 cawan air sejuk
2 sudu besar butter } dicairkan
1 sudu kecil esen vanila
- pukul gula dgn telur sehingga kembang.
- masukkan susu & air, pukul lg.
- masuk pula garam & butter cair, terus pukul adunan.
- masuk tepung sedikit demi sedikit & pukul adunan sebati.
- masuk baking powder & terus pukul hingga adunan tidak berbintil.
- akhir sekali masukkan esen vanila & kacau adunan sebati.
- ambil 1 senduk adunan & tuang dlm pan. masak dua-dua bahagian hingga perang keemasan atas api perlahan.
- lebih baik guna pan tak melekat or non stick pan tp sekiranya menggunakan pan biasa sapu sedikit butter pd pan sblm tuang adunan supaya pancake tak melekat.
Talapia Goreng & Sos Cili Masam Manis
bahan2 :
1 ekor ikan talapia hitam or merah (dibasuh bersih)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar } dihiris
2 biji cili merah
1 biji tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula merah
serbuk kunyit, garam & gula secukup rasa
minyak utk menggoreng
cara memasak :
- lumurkan ikan dgn garam & serbuk kunyit secukupnya. biarkan seketika.
- panaskan minyak secukupnya dlm kuali. goreng ikan talapia sehingga garing. angkat & ketepikan.
- bawang merah, bawang putih, cili merah & tomato dikisar bersama.
- kurangkan minyak gorengan ikan td. tinggalkan minyak secukupnya utk menumis.
- tumis bahan2 kisar sehingga naik aromanya.
- tambah sos cili & sos tomato. masukkan sedikit air & kacau semua bahan sebati.
- masukkan gula merah. sesuaikan rasa dgn garam & gula.
- akhirnya masukkan hirisan bawang besar & kacau sehingga sos menjadi sedikit pekat.
- tuang ke atas ikan yg siap digoreng td.
Daging Goreng Kicap
bahan2 :
500gm daging (basuh bersih & dihiris nipis)
3 ulas bawang merah } ditumbuk
2 ulas bawang putih } ditumbuk
1/2 biji bawang besar } dihiris (kalo guna bawang bombay lebih sedap)
2 biji ubi kentang
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
hirisan cili merah & cili hijau
sedikit air stok/rebusan daging
serbuk kunyit, garam & gula secukup rasa
cara memasak :
- daging direbus hingga empuk & tinggalkan sedikit air stok/rebusan daging.
- gaulkan daging dgn serbuk kunyit, garam, bawang merah, bawang putih, kicap pekat & sos tiram. perap selama 20-30minit.
- potong ubi kentang bentuk wedges, gaulkan dgn sedikit garam & kunyit, goreng ubi & ketepikan.
- panaskan sedikit minyak, goreng daging yg diperap td sehingga sedikit garing & masukkan air stok/rebusan daging. kalo suka berkuah boleh lebihkan air stok.
- tambah kicap manis secukupnya, masukkan hirisan bawang besar, ubi kentang, cili merah & cili hijau.
- goreng lg sampai semua bahan mesra & sebati. kalo tak nak berkuah goreng lama sikit sampai agak kering.
- sesuaikan rasa ikut citarasa anda. agak2 sendiri le nak tambah garam or gula. siap dah...
Kari Udang
bahan2 :
1/2 kg udang
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
bahan2 bertanda * dikisar or ditumbuk halus
1 paket kecil rempah kari } dibancuh dgn sedikit air & jadikan pes
2 sudu besar cili kisar
3 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2 biji kentang } dikupas kulit & belah 4
200ml santan (kak niza guna santan dlm kotak)
garam & gula secukup rasa
cara memasak :
- panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, bunga lawang, kulit kayu manis & daun kari sampai naik bau.
- masukkan cili kisar & rempah kari. kacau & biar sehingga pecah minyak.
- masuk ubi kentang, tambah sedikit air. biar seketika.
- masukkan pula santan, bila kentang dah cukup empuk, masuk udang.
- kacau seketika, sesuaikan rasa dengan gula & garam.
- biar mendidih & sedia dihidangkan.
Wednesday, 9 September 2009
Egg Mayo Garlic Butter Sandwich
bahan2 :
2 keping roti putih / roti sandwich
1 biji telur
3 sudu besar fresh milkl
ada sulah, garam & mayonis secukupnya
beberapa hirisan timun, tomato & daun salad
garlic butter & marjerin secukupnya
sos thousand island secukupnya
cara :
- telur dipukul bersama garam, lada sulah & fresh milk.
- panaskan sedikit marjerin dlm pan, masukkan bancuhan telur & buat telur hancur.
- angkat telur & dlm mangkuk gaulkan telur dgn mayonis.
- sapukan sebelah roti dgn marjerin & sebelah lg dgn garlic butter. bakar roti sekejap di atas pan, bakar dulu bahagian yg disapu marjerin kemudian bahagian yg disapu garlic butter.
- letakkan sayur2an pd bahagian roti yg disapu marjerin. letakkan sos thousand island secukupnya atas sayur2an td.
- letakkan pula telur hancur yg dibuat td & tutupkan dgn sekeping roti lg. potong ikut cara yg anda suka.
* garlic butter boleh dibeli yg ready made di super market or kalo rajin boleh buat sendiri je... bkn susah sgt pun...
cara buat garlic butter :
2 ulas bawang putih
2 sudu besar butter
- kupas kulit bawang dan bakar bawang sekejap (jgn sampai hangus).
- cincang or ketuk bawang sehingga hancur.
- cairkan butter & masukkan bawang putih yg telah hancur.
- boleh disapu pd roti & nak lg sedap tabur sedikit dried parsley.
Sosej Roll
bahan2 :
6 keping roti putih or roti sandwich
6 ketul sosej } direbus & toskan
1 biji telur
1 mangkuk cornflakes or boleh juga diganti dgn bread crumbs
2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar air
sedikit garam
minyak utk menggoreng
cara memasak :
- roti dicanaikan atau dileperkan sehingga betul2 nipis.
- pukul telur bersama susu pekat, air & garam.
- masukkan cornflakes ke dlm beg plastik & ramas or tumbuk sehingga hancur tp tidak terlalu halus.
- gulungkan sosej bersama roti, di hujung gulungan sapukan sedikit bancuhan telur sbg pelekat.
- golekkan gulungan sosej & roti td dlm bancuhan telur & golekkan pula dlm serbuk cornflakes.
- goreng sehingga kekuningan.
- nak lg sedap mkn dgn sos cili & mayonis...
Tuesday, 8 September 2009
Asparagus Goreng Daging Hancur Lada Hitam
100gm daging hancur
1/2 ulas bwg bsr } dicincang
3 ulas bwg putih } dicincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk lada hitam (yg kasar)
garam & gula secukup rasa
potongan cili merah or capsicum
cara memasak :
- daging hancur dibasuh bersih & toskan.
- perap daging dgn sos tiram, kicap manis & lada hitam selama 20-30minit.
- panaskn minyak, tumis bwg besar & bwg putih sampai naik bau.
- masuk daging, goreng sampai daging masak, kalo kering tambah sedikit air.
- masukkan potongan cili or capsicum, garam & gula secukup rasa.
- akhirnya masuk asparagus & goreng sebentar, jgn lama2 nanti asparagus tu over cook dah tak sedap.
Mee Hailam Udang Special
500gm mee kuning } basuh bersih
10-15 ekor udang } ikut saiz
2 kpg dada ayam
3 ulas bwg putih
3 ulas bwg merah
1 sudu besar cili kisar
segenggam udang kering (kalo suka)
1 btg carot } potong memanjang
1 paket baby corn (putik jagung) } potong memanjang
1 mangkuk kecil bunga kobis
2 biji tomato } belah 4
air secukupnya
sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap manis secukup rasa
garam & gula secukup rasa
tepung jagung dibancuh dgn sedikit air } utk pekatkn kuah
hirisan daun sup, daun bwg, cili merah utk hiasan
cara memasak :
- bwg putih, bwg merah & udang kering dikisar.
- panaskn sedikit minyak, tumis bhn kisar sehingga wangi, masukkan cili kisar, kacau hingga cili cukup garing.
- masukkan isi ayam, & udang, kacau lg.
- tmbh air ikut byk mana kuah yg dikehendaki, bila kuah mendidih masukkan sayur2an, sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap manis secukupnya.
- tmbh pula garam & gula ikut citarasa sendiri. biar kuah mendidih sekali lg.
- ambil sedikit kuah shj utk mencelur mee.
- dlm baki kuah yg tinggal masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkn kuah.
- ketika menghidang, celurkan mee dlm kuah yg diambil td. gaul2kan sehingga kuah meresap ke dlm mee.
- masukkan mee dlm mangkuk dan tuang kuah hailam ke atasnya. hiaskn dgn hirisan daun sup, daun bwg & cili merah.
Jus Tembikai Laici
bahan2 :
1/2 biji buah tembikai } dipotong kecil
1 tin laici
gula secukup manis (sukatan ikut citarasa sendiri)
1 liter air masak
ketulan ais secukupnya
cara :
- masukkan buah tembikai, gula & air ke dlm pengisar.
- kisarkan sehingga tembikai hancur.
- masukkan ke dlm jug & tambah laici beserta airnya.
- tambah ketulan ais & kacau sebati.
Lala Masak Pedas
bahan2 :
1 kg lala } dibasuh bersih & toskan
5ulas bwg merah } dikisar
3ulas bwg putih } dikisar
1btg serai } dititik
3 sudu besar cili kisar (kalo nak pedas lg blh tmbh cili padi)
2 sudu besar sos cili
1 helai daun kunyit
garam & gula secukup rasa
cara memasak :
- panaskan sedikit minyak, tumis serai sampai naik bau.
- masuk bwg2 yg dah dikisar, bwg dah wangi masuk pulak cili kisar.
- kalo kering sgt tmbh sikit air, bila bhn2 tumis dah sebati masuk lala, sos cili & biar smpai lala masak.
- tambah gula & garam secukup rasa, kalo suka boleh masukkan cili padi.
- masukkan daun kunyit utk aroma yg lebih terangkat, biar mendidih & kuah sedikit kering.
Mini Murtabak Daging
Carrot Smoothie Blended
Monday, 7 September 2009
Black Pepper Beef With Steamed Brokoli & Cauliflower
bahan2 :
500gm daging btg pinang
1 inci halia } ditumbuk halus
1 biji bwg besar } dihiris kasar
1-2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
3 sudu besar kicap manis2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam (tak de pun tak pe)
1 cawan air1 sudu besar tpg jagung (bancuh dgn sedikit air utk pekatkn kuah)
1 mangkuk kecil brokoli } ptg kasar2
1 mangkuk kecil bunga kobis or cauliflower } ptg kasar2
garam & gula secukup rasa.
cara memasak :
- daging dibasuh bersih & dihiris nipis. kemudian perap daging dgn kicap manis & halia yg dah ditumbuk.
- perap lebih kurang 20-30 minit.
- stimkan or celur brokoli & bunga kobis tp jgn sampai layu. sdg2 elok je. ketepikan.
- panaskan sedikit minyak, goreng daging yg telah diperap sampai nampak garing.
- masukkan sos tiram, sos lada hitam & serbuk lada hitam kasar.
- tmbh air & goreng lg sampai daging cukup empuk. kalo suka rasa xtra lada hitam tmbh le lada hitam lg.
- masukkan pula hirisan bwg besar, garam & gula secukup rasa. grg sebati semuanya.
- akhir sekali pekatkan kuah dgn bancuhan tepung jagung.
- ketika menghidang susun brokoli & cauliflower & letak black pepper beef td di tgh2.
Makaroni Goreng
Selamat Mencuba
- kak niza -
Rich Chocolate Pudding
bahan2 :
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1/2 cawan susu tepung (boleh diganti dgn coffee mate creamer)
1/2 sudu kecil garam
4 1/4 cawan air4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil esen vanila1 paket agar2 serbuk (8gm or 10 gm)
3 sudu besar butter
cara memasak :
- campurkan semua bahan dlm periuk kecuali butter.
- kacau atas api sederhana sampai mendidih.
- masukkan butter, kacau lg sampai adunan pekat.
- tuang adunan ke dlm acuan kegemaran anda.
- sejukkan. bila dah cukup beku bolehlah dihidangkan.
tips : basahkan sedikit acuan puding supaya puding mudah dikeluarkan bila beku nanti.
- kak niza -
Seafod Paprik
Mee Goreng Basah
bahan2 :
- kak niza -
Longan Tropical Delight
bahan2 :
1/2 sudu teh pewarna merah
3 sudu besar tepung ubi
1 tin longan
2 ulas nangka } dihiris nipis
1/2 tin susu cair
air gula secukupnya
ketulan ais secukupnya
air sejuk secukupnya
caranya :
- kupas kulit sengkuang cina, basuh bersih & potong dadu.
- letakkan pewarna merah pd sengkuang cina dan biarkan 20-30minit supaya warnanya meresap.
kemudian salutkan sengkuang cina dgn tepung ubi. gaul2kan supaya semuanya bersalut dgn elok.
- didihkan air di dlm periuk, rebus sengkuang cina yg bersalut tepung ubi td selama 3minit.
- kemudian diangkat, toskan & terus masuk ke dlm mangkuk berisi air ais. biar rendam selama 10minit.
- di dlm mangkuk campurkan longan dgn sirapnya sekali, hirisan nangka, susu cair, air gula, air sejuk & ketulan ais secukupnya.
- akhirnya masukkan sengkuang cina td, kacau sebati & sesuaikan rasa ikut citarasa sendiri.
- kak niza -
Siakap Stim Ala Nyonya
- kak niza -