Wednesday, 30 September 2009

Nasi Ayam & Ayam Goreng Madu




sesuai le kalo nak try utk jamuan rumah terbuka atau utk dimakan bersama keluarga...

bahan utk ayam goreng madu :
1 ekor ayam } dipotong 4
4 inci halia } ditumbuk halus
5 ulas bawang merah } ditumbuk halus
3 ulas bawang putih } ditumbuk halus
sos tiram, kicap manis, kicap pekat & madu secukupnya

cara :
- ayam dibersihkan & direbus bersama sedikit halia yg ditumbuk sehingga separuh masak.
- angkat & toskan ayam. kemudian gaulkan ayam dgn semua bahan di atas & perap seketika.
- simpan air rebusan or stok ayam utk masak nasi.
- slps diperap, goreng ayam hingga masak. ketuk ayam sedikit & barulah dipotong utk dihidang.

bahan utk nasi ayam :
4 cawan beras } basuh & toskan
4 1/2 cawan air rebusan ayam / stok ayam
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah } ditumbuk halus
2 ulas bawang putih } ditumbuk halus
1 inci halia } ditumbuk halus
2 ketul kiub ayam
2 helai daun pandan } simpulkan
serbuk kunyit & garam secukup rasa
sedikit minyak & marjerin

cara :
- panaskan minyak & marjerin dlm periuk.
- tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & pelaga sehingga wangi.
- masukkan pula bwg merah, bwg putih & halia. tumis sampai sedikit kekuningan.
- masukkan beras, kacau sehingga beras bersalut elok dgn minyak & rempah ratus.
- masuk air rebusan ayam/stok ayam, serbuk kunyit, garam secukupnya & daun pandan.
- kacau & biar mendidih. tutup periuk.
- bila air sudah kering dgn elok, gembur2kan nasi & biar nasi masak dgn sempurna. tutup api.

utk membuat sos cili :
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka
garam & gula secukup rasa
- cili merah & bwg putih dikisar bersama cuka.
- kemudian masak atas api. sesuaikan rasa dgn garam & gula.

utk membuat sos kicap :
- saki baki bahan perap ayam td dicampur dgn sedikit air rebusan ayam.
- didihkan seketika.

utk membuat sup ayam :
1/2 biji bawang besar }dihiris kasar
3 ulas bawang putih } diketuk
sedikit bahagian tulang ayam
1 ketul kiub ayam
baki air rebusan ayam
1 biji ubi kentang (kalau suka)
garam secukup rasa
sedikit hirisan daun sup, daun bawang & bwg goreng
- didihkan air rebusan ayam, masukkan bawang besar, bawang putih bahagian ayam yg bertulang & kiub ayam. biar mendidih.
- masukkan ubi kentang. masak sampai ubi empuk.
- sesuaikan rasa & tabur hirisan daun sup, daun bawang & bwg goreng.

hidangkan nasi ayam bersama ayam goreng madu, sos cili, sos kicap, sup ayam serta timun, tomato & daun salad sbg ulam-ulamannya.
Selamat Mencuba
- kak niza -

Thursday, 10 September 2009

Pancake

enak dimakan bersama aiskrim & choc syrup...anak2 mesti suka...



sesuai juga sbg breakfast...dinikmati bersama butter & honey...




bahan2 :
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur ayam
1 cawan susu segar
1 cawan air sejuk
2 sudu besar butter } dicairkan
1 sudu kecil esen vanila


cara memasak :
- pukul gula dgn telur sehingga kembang.
- masukkan susu & air, pukul lg.
- masuk pula garam & butter cair, terus pukul adunan.
- masuk tepung sedikit demi sedikit & pukul adunan sebati.
- masuk baking powder & terus pukul hingga adunan tidak berbintil.
- akhir sekali masukkan esen vanila & kacau adunan sebati.
- ambil 1 senduk adunan & tuang dlm pan. masak dua-dua bahagian hingga perang keemasan atas api perlahan.
- lebih baik guna pan tak melekat or non stick pan tp sekiranya menggunakan pan biasa sapu sedikit butter pd pan sblm tuang adunan supaya pancake tak melekat.


Selamat Mencuba
- kak niza -
















Talapia Goreng & Sos Cili Masam Manis

boringkan asyik ikan goreng kunyit je... sesekali pelbagaikan rasa ikan goreng...

bahan2 :
1 ekor ikan talapia hitam or merah (dibasuh bersih)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar } dihiris
2 biji cili merah
1 biji tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula merah
serbuk kunyit, garam & gula secukup rasa
minyak utk menggoreng

cara memasak :
- lumurkan ikan dgn garam & serbuk kunyit secukupnya. biarkan seketika.
- panaskan minyak secukupnya dlm kuali. goreng ikan talapia sehingga garing. angkat & ketepikan.
- bawang merah, bawang putih, cili merah & tomato dikisar bersama.
- kurangkan minyak gorengan ikan td. tinggalkan minyak secukupnya utk menumis.
- tumis bahan2 kisar sehingga naik aromanya.
- tambah sos cili & sos tomato. masukkan sedikit air & kacau semua bahan sebati.
- masukkan gula merah. sesuaikan rasa dgn garam & gula.
- akhirnya masukkan hirisan bawang besar & kacau sehingga sos menjadi sedikit pekat.
- tuang ke atas ikan yg siap digoreng td.

Selamat Mencuba
- kak niza -

Daging Goreng Kicap

Resepi ni mudah je...para suami & kaum bapa pun boleh masak time2 emergency...anak2 mesti suka...

bahan2 :
500gm daging (basuh bersih & dihiris nipis)
3 ulas bawang merah } ditumbuk
2 ulas bawang putih } ditumbuk
1/2 biji bawang besar } dihiris (kalo guna bawang bombay lebih sedap)
2 biji ubi kentang
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
hirisan cili merah & cili hijau
sedikit air stok/rebusan daging
serbuk kunyit, garam & gula secukup rasa

cara memasak :
- daging direbus hingga empuk & tinggalkan sedikit air stok/rebusan daging.
- gaulkan daging dgn serbuk kunyit, garam, bawang merah, bawang putih, kicap pekat & sos tiram. perap selama 20-30minit.
- potong ubi kentang bentuk wedges, gaulkan dgn sedikit garam & kunyit, goreng ubi & ketepikan.
- panaskan sedikit minyak, goreng daging yg diperap td sehingga sedikit garing & masukkan air stok/rebusan daging. kalo suka berkuah boleh lebihkan air stok.
- tambah kicap manis secukupnya, masukkan hirisan bawang besar, ubi kentang, cili merah & cili hijau.
- goreng lg sampai semua bahan mesra & sebati. kalo tak nak berkuah goreng lama sikit sampai agak kering.
- sesuaikan rasa ikut citarasa anda. agak2 sendiri le nak tambah garam or gula. siap dah...

Selamat Mencuba
- kak niza -

Kari Udang

sedap dimakan dgn nasi or cicah roti pun sodaaaappp...

bahan2 :
1/2 kg udang
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
bahan2 bertanda * dikisar or ditumbuk halus
1 paket kecil rempah kari } dibancuh dgn sedikit air & jadikan pes
2 sudu besar cili kisar
3 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2 biji kentang } dikupas kulit & belah 4
200ml santan (kak niza guna santan dlm kotak)
garam & gula secukup rasa

cara memasak :
- panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, bunga lawang, kulit kayu manis & daun kari sampai naik bau.
- masukkan cili kisar & rempah kari. kacau & biar sehingga pecah minyak.
- masuk ubi kentang, tambah sedikit air. biar seketika.
- masukkan pula santan, bila kentang dah cukup empuk, masuk udang.
- kacau seketika, sesuaikan rasa dengan gula & garam.
- biar mendidih & sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba
- kak niza -

Wednesday, 9 September 2009

Egg Mayo Garlic Butter Sandwich

Healthy breakfast to start the day...


bahan2 :
2 keping roti putih / roti sandwich
1 biji telur
3 sudu besar fresh milkl
ada sulah, garam & mayonis secukupnya
beberapa hirisan timun, tomato & daun salad
garlic butter & marjerin secukupnya
sos thousand island secukupnya

cara :
- telur dipukul bersama garam, lada sulah & fresh milk.
- panaskan sedikit marjerin dlm pan, masukkan bancuhan telur & buat telur hancur.
- angkat telur & dlm mangkuk gaulkan telur dgn mayonis.
- sapukan sebelah roti dgn marjerin & sebelah lg dgn garlic butter. bakar roti sekejap di atas pan, bakar dulu bahagian yg disapu marjerin kemudian bahagian yg disapu garlic butter.
- letakkan sayur2an pd bahagian roti yg disapu marjerin. letakkan sos thousand island secukupnya atas sayur2an td.
- letakkan pula telur hancur yg dibuat td & tutupkan dgn sekeping roti lg. potong ikut cara yg anda suka.
* garlic butter boleh dibeli yg ready made di super market or kalo rajin boleh buat sendiri je... bkn susah sgt pun...

cara buat garlic butter :
2 ulas bawang putih
2 sudu besar butter
- kupas kulit bawang dan bakar bawang sekejap (jgn sampai hangus).
- cincang or ketuk bawang sehingga hancur.
- cairkan butter & masukkan bawang putih yg telah hancur.
- boleh disapu pd roti & nak lg sedap tabur sedikit dried parsley.

Selamat Mencuba
- kak niza-

Sosej Roll

resepi yg amat2lah mudah, ringkas & sedap...menjadi kesukaan anak2 kak niza...

bahan2 :
6 keping roti putih or roti sandwich
6 ketul sosej } direbus & toskan
1 biji telur
1 mangkuk cornflakes or boleh juga diganti dgn bread crumbs
2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar air
sedikit garam
minyak utk menggoreng

cara memasak :
- roti dicanaikan atau dileperkan sehingga betul2 nipis.
- pukul telur bersama susu pekat, air & garam.
- masukkan cornflakes ke dlm beg plastik & ramas or tumbuk sehingga hancur tp tidak terlalu halus.
- gulungkan sosej bersama roti, di hujung gulungan sapukan sedikit bancuhan telur sbg pelekat.
- golekkan gulungan sosej & roti td dlm bancuhan telur & golekkan pula dlm serbuk cornflakes.
- goreng sehingga kekuningan.
- nak lg sedap mkn dgn sos cili & mayonis...

Selamat Mencuba
- kak niza -