Thursday 10 September 2009

Pancake

enak dimakan bersama aiskrim & choc syrup...anak2 mesti suka...



sesuai juga sbg breakfast...dinikmati bersama butter & honey...




bahan2 :
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur ayam
1 cawan susu segar
1 cawan air sejuk
2 sudu besar butter } dicairkan
1 sudu kecil esen vanila


cara memasak :
- pukul gula dgn telur sehingga kembang.
- masukkan susu & air, pukul lg.
- masuk pula garam & butter cair, terus pukul adunan.
- masuk tepung sedikit demi sedikit & pukul adunan sebati.
- masuk baking powder & terus pukul hingga adunan tidak berbintil.
- akhir sekali masukkan esen vanila & kacau adunan sebati.
- ambil 1 senduk adunan & tuang dlm pan. masak dua-dua bahagian hingga perang keemasan atas api perlahan.
- lebih baik guna pan tak melekat or non stick pan tp sekiranya menggunakan pan biasa sapu sedikit butter pd pan sblm tuang adunan supaya pancake tak melekat.


Selamat Mencuba
- kak niza -
















No comments:

Post a Comment