Wednesday 30 September 2009

Nasi Ayam & Ayam Goreng Madu




sesuai le kalo nak try utk jamuan rumah terbuka atau utk dimakan bersama keluarga...

bahan utk ayam goreng madu :
1 ekor ayam } dipotong 4
4 inci halia } ditumbuk halus
5 ulas bawang merah } ditumbuk halus
3 ulas bawang putih } ditumbuk halus
sos tiram, kicap manis, kicap pekat & madu secukupnya

cara :
- ayam dibersihkan & direbus bersama sedikit halia yg ditumbuk sehingga separuh masak.
- angkat & toskan ayam. kemudian gaulkan ayam dgn semua bahan di atas & perap seketika.
- simpan air rebusan or stok ayam utk masak nasi.
- slps diperap, goreng ayam hingga masak. ketuk ayam sedikit & barulah dipotong utk dihidang.

bahan utk nasi ayam :
4 cawan beras } basuh & toskan
4 1/2 cawan air rebusan ayam / stok ayam
1 btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah } ditumbuk halus
2 ulas bawang putih } ditumbuk halus
1 inci halia } ditumbuk halus
2 ketul kiub ayam
2 helai daun pandan } simpulkan
serbuk kunyit & garam secukup rasa
sedikit minyak & marjerin

cara :
- panaskan minyak & marjerin dlm periuk.
- tumis kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & pelaga sehingga wangi.
- masukkan pula bwg merah, bwg putih & halia. tumis sampai sedikit kekuningan.
- masukkan beras, kacau sehingga beras bersalut elok dgn minyak & rempah ratus.
- masuk air rebusan ayam/stok ayam, serbuk kunyit, garam secukupnya & daun pandan.
- kacau & biar mendidih. tutup periuk.
- bila air sudah kering dgn elok, gembur2kan nasi & biar nasi masak dgn sempurna. tutup api.

utk membuat sos cili :
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar cuka
garam & gula secukup rasa
- cili merah & bwg putih dikisar bersama cuka.
- kemudian masak atas api. sesuaikan rasa dgn garam & gula.

utk membuat sos kicap :
- saki baki bahan perap ayam td dicampur dgn sedikit air rebusan ayam.
- didihkan seketika.

utk membuat sup ayam :
1/2 biji bawang besar }dihiris kasar
3 ulas bawang putih } diketuk
sedikit bahagian tulang ayam
1 ketul kiub ayam
baki air rebusan ayam
1 biji ubi kentang (kalau suka)
garam secukup rasa
sedikit hirisan daun sup, daun bawang & bwg goreng
- didihkan air rebusan ayam, masukkan bawang besar, bawang putih bahagian ayam yg bertulang & kiub ayam. biar mendidih.
- masukkan ubi kentang. masak sampai ubi empuk.
- sesuaikan rasa & tabur hirisan daun sup, daun bawang & bwg goreng.

hidangkan nasi ayam bersama ayam goreng madu, sos cili, sos kicap, sup ayam serta timun, tomato & daun salad sbg ulam-ulamannya.
Selamat Mencuba
- kak niza -

Thursday 10 September 2009

Pancake

enak dimakan bersama aiskrim & choc syrup...anak2 mesti suka...



sesuai juga sbg breakfast...dinikmati bersama butter & honey...




bahan2 :
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1 biji telur ayam
1 cawan susu segar
1 cawan air sejuk
2 sudu besar butter } dicairkan
1 sudu kecil esen vanila


cara memasak :
- pukul gula dgn telur sehingga kembang.
- masukkan susu & air, pukul lg.
- masuk pula garam & butter cair, terus pukul adunan.
- masuk tepung sedikit demi sedikit & pukul adunan sebati.
- masuk baking powder & terus pukul hingga adunan tidak berbintil.
- akhir sekali masukkan esen vanila & kacau adunan sebati.
- ambil 1 senduk adunan & tuang dlm pan. masak dua-dua bahagian hingga perang keemasan atas api perlahan.
- lebih baik guna pan tak melekat or non stick pan tp sekiranya menggunakan pan biasa sapu sedikit butter pd pan sblm tuang adunan supaya pancake tak melekat.


Selamat Mencuba
- kak niza -
















Talapia Goreng & Sos Cili Masam Manis

boringkan asyik ikan goreng kunyit je... sesekali pelbagaikan rasa ikan goreng...

bahan2 :
1 ekor ikan talapia hitam or merah (dibasuh bersih)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar } dihiris
2 biji cili merah
1 biji tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar gula merah
serbuk kunyit, garam & gula secukup rasa
minyak utk menggoreng

cara memasak :
- lumurkan ikan dgn garam & serbuk kunyit secukupnya. biarkan seketika.
- panaskan minyak secukupnya dlm kuali. goreng ikan talapia sehingga garing. angkat & ketepikan.
- bawang merah, bawang putih, cili merah & tomato dikisar bersama.
- kurangkan minyak gorengan ikan td. tinggalkan minyak secukupnya utk menumis.
- tumis bahan2 kisar sehingga naik aromanya.
- tambah sos cili & sos tomato. masukkan sedikit air & kacau semua bahan sebati.
- masukkan gula merah. sesuaikan rasa dgn garam & gula.
- akhirnya masukkan hirisan bawang besar & kacau sehingga sos menjadi sedikit pekat.
- tuang ke atas ikan yg siap digoreng td.

Selamat Mencuba
- kak niza -

Daging Goreng Kicap

Resepi ni mudah je...para suami & kaum bapa pun boleh masak time2 emergency...anak2 mesti suka...

bahan2 :
500gm daging (basuh bersih & dihiris nipis)
3 ulas bawang merah } ditumbuk
2 ulas bawang putih } ditumbuk
1/2 biji bawang besar } dihiris (kalo guna bawang bombay lebih sedap)
2 biji ubi kentang
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
hirisan cili merah & cili hijau
sedikit air stok/rebusan daging
serbuk kunyit, garam & gula secukup rasa

cara memasak :
- daging direbus hingga empuk & tinggalkan sedikit air stok/rebusan daging.
- gaulkan daging dgn serbuk kunyit, garam, bawang merah, bawang putih, kicap pekat & sos tiram. perap selama 20-30minit.
- potong ubi kentang bentuk wedges, gaulkan dgn sedikit garam & kunyit, goreng ubi & ketepikan.
- panaskan sedikit minyak, goreng daging yg diperap td sehingga sedikit garing & masukkan air stok/rebusan daging. kalo suka berkuah boleh lebihkan air stok.
- tambah kicap manis secukupnya, masukkan hirisan bawang besar, ubi kentang, cili merah & cili hijau.
- goreng lg sampai semua bahan mesra & sebati. kalo tak nak berkuah goreng lama sikit sampai agak kering.
- sesuaikan rasa ikut citarasa anda. agak2 sendiri le nak tambah garam or gula. siap dah...

Selamat Mencuba
- kak niza -

Kari Udang

sedap dimakan dgn nasi or cicah roti pun sodaaaappp...

bahan2 :
1/2 kg udang
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
bahan2 bertanda * dikisar or ditumbuk halus
1 paket kecil rempah kari } dibancuh dgn sedikit air & jadikan pes
2 sudu besar cili kisar
3 tangkai daun kari
1 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2 biji kentang } dikupas kulit & belah 4
200ml santan (kak niza guna santan dlm kotak)
garam & gula secukup rasa

cara memasak :
- panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar, bunga lawang, kulit kayu manis & daun kari sampai naik bau.
- masukkan cili kisar & rempah kari. kacau & biar sehingga pecah minyak.
- masuk ubi kentang, tambah sedikit air. biar seketika.
- masukkan pula santan, bila kentang dah cukup empuk, masuk udang.
- kacau seketika, sesuaikan rasa dengan gula & garam.
- biar mendidih & sedia dihidangkan.

Selamat Mencuba
- kak niza -

Wednesday 9 September 2009

Egg Mayo Garlic Butter Sandwich

Healthy breakfast to start the day...


bahan2 :
2 keping roti putih / roti sandwich
1 biji telur
3 sudu besar fresh milkl
ada sulah, garam & mayonis secukupnya
beberapa hirisan timun, tomato & daun salad
garlic butter & marjerin secukupnya
sos thousand island secukupnya

cara :
- telur dipukul bersama garam, lada sulah & fresh milk.
- panaskan sedikit marjerin dlm pan, masukkan bancuhan telur & buat telur hancur.
- angkat telur & dlm mangkuk gaulkan telur dgn mayonis.
- sapukan sebelah roti dgn marjerin & sebelah lg dgn garlic butter. bakar roti sekejap di atas pan, bakar dulu bahagian yg disapu marjerin kemudian bahagian yg disapu garlic butter.
- letakkan sayur2an pd bahagian roti yg disapu marjerin. letakkan sos thousand island secukupnya atas sayur2an td.
- letakkan pula telur hancur yg dibuat td & tutupkan dgn sekeping roti lg. potong ikut cara yg anda suka.
* garlic butter boleh dibeli yg ready made di super market or kalo rajin boleh buat sendiri je... bkn susah sgt pun...

cara buat garlic butter :
2 ulas bawang putih
2 sudu besar butter
- kupas kulit bawang dan bakar bawang sekejap (jgn sampai hangus).
- cincang or ketuk bawang sehingga hancur.
- cairkan butter & masukkan bawang putih yg telah hancur.
- boleh disapu pd roti & nak lg sedap tabur sedikit dried parsley.

Selamat Mencuba
- kak niza-

Sosej Roll

resepi yg amat2lah mudah, ringkas & sedap...menjadi kesukaan anak2 kak niza...

bahan2 :
6 keping roti putih or roti sandwich
6 ketul sosej } direbus & toskan
1 biji telur
1 mangkuk cornflakes or boleh juga diganti dgn bread crumbs
2 sudu besar susu pekat
3 sudu besar air
sedikit garam
minyak utk menggoreng

cara memasak :
- roti dicanaikan atau dileperkan sehingga betul2 nipis.
- pukul telur bersama susu pekat, air & garam.
- masukkan cornflakes ke dlm beg plastik & ramas or tumbuk sehingga hancur tp tidak terlalu halus.
- gulungkan sosej bersama roti, di hujung gulungan sapukan sedikit bancuhan telur sbg pelekat.
- golekkan gulungan sosej & roti td dlm bancuhan telur & golekkan pula dlm serbuk cornflakes.
- goreng sehingga kekuningan.
- nak lg sedap mkn dgn sos cili & mayonis...

Selamat Mencuba
- kak niza -

Tuesday 8 September 2009

Asparagus Goreng Daging Hancur Lada Hitam

kegemaran kak niza niiihh...

bahan2 :
1 ikat asparagus
100gm daging hancur
1/2 ulas bwg bsr } dicincang
3 ulas bwg putih } dicincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar serbuk lada hitam (yg kasar)
garam & gula secukup rasa
potongan cili merah or capsicum

cara memasak :
- daging hancur dibasuh bersih & toskan.
- perap daging dgn sos tiram, kicap manis & lada hitam selama 20-30minit.
- panaskn minyak, tumis bwg besar & bwg putih sampai naik bau.
- masuk daging, goreng sampai daging masak, kalo kering tambah sedikit air.
- masukkan potongan cili or capsicum, garam & gula secukup rasa.
- akhirnya masuk asparagus & goreng sebentar, jgn lama2 nanti asparagus tu over cook dah tak sedap.

Selamat Mencuba
- kak niza -

Mee Hailam Udang Special

dah jemu makan nasi...boleh le tukar selera dgn resepi ni...

bahan2 :
500gm mee kuning } basuh bersih
10-15 ekor udang } ikut saiz
2 kpg dada ayam
3 ulas bwg putih
3 ulas bwg merah
1 sudu besar cili kisar
segenggam udang kering (kalo suka)
1 btg carot } potong memanjang
1 paket baby corn (putik jagung) } potong memanjang
1 mangkuk kecil bunga kobis
2 biji tomato } belah 4
air secukupnya
sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap manis secukup rasa
garam & gula secukup rasa
tepung jagung dibancuh dgn sedikit air } utk pekatkn kuah
hirisan daun sup, daun bwg, cili merah utk hiasan

cara memasak :
- bwg putih, bwg merah & udang kering dikisar.
- panaskn sedikit minyak, tumis bhn kisar sehingga wangi, masukkan cili kisar, kacau hingga cili cukup garing.
- masukkan isi ayam, & udang, kacau lg.
- tmbh air ikut byk mana kuah yg dikehendaki, bila kuah mendidih masukkan sayur2an, sos cili, sos tomato, sos tiram & kicap manis secukupnya.
- tmbh pula garam & gula ikut citarasa sendiri. biar kuah mendidih sekali lg.
- ambil sedikit kuah shj utk mencelur mee.
- dlm baki kuah yg tinggal masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkn kuah.
- ketika menghidang, celurkan mee dlm kuah yg diambil td. gaul2kan sehingga kuah meresap ke dlm mee.
- masukkan mee dlm mangkuk dan tuang kuah hailam ke atasnya. hiaskn dgn hirisan daun sup, daun bwg & cili merah.
Selamat Mencuba
- kak niza -

Jus Tembikai Laici

menyegarkan....wallaaahhh !!!

bahan2 :
1/2 biji buah tembikai } dipotong kecil
1 tin laici
gula secukup manis (sukatan ikut citarasa sendiri)
1 liter air masak
ketulan ais secukupnya

cara :
- masukkan buah tembikai, gula & air ke dlm pengisar.
- kisarkan sehingga tembikai hancur.
- masukkan ke dlm jug & tambah laici beserta airnya.
- tambah ketulan ais & kacau sebati.

Selamat Mencuba
- kak niza -

Lala Masak Pedas

oooo lala !!!


bahan2 :
1 kg lala } dibasuh bersih & toskan
5ulas bwg merah } dikisar
3ulas bwg putih } dikisar
1btg serai } dititik
3 sudu besar cili kisar (kalo nak pedas lg blh tmbh cili padi)
2 sudu besar sos cili
1 helai daun kunyit
garam & gula secukup rasa

cara memasak :
- panaskan sedikit minyak, tumis serai sampai naik bau.
- masuk bwg2 yg dah dikisar, bwg dah wangi masuk pulak cili kisar.
- kalo kering sgt tmbh sikit air, bila bhn2 tumis dah sebati masuk lala, sos cili & biar smpai lala masak.
- tambah gula & garam secukup rasa, kalo suka boleh masukkan cili padi.
- masukkan daun kunyit utk aroma yg lebih terangkat, biar mendidih & kuah sedikit kering.

Selamat Mencuba
- kak niza -

Mini Murtabak Daging

satu kelainan utk membuat murtabak...guna kulit popiah pun boleh...
bahan2 :
200gm daging cincang } dibasuh bersih & toskan
2 biji ubi kentang } kupas kulit & potong dadu
1/2 biji bawang besar } dipotong dadu
1 ulas bawang putih } ditumbuk halus
1 1/2 sudu besar rempah soto (boleh diganti dgn rempah kurma or rempah sup)
2 biji telur
garam & gula secukup rasa
kulit popiah secukupnya
1 sudu besar tepung jagung } dibancuh dgn sedikit air sbg bahan pelekat
cara memasak :
- sediakan inti murtabak. panaskan sedikit minyak & tumis bawang besar & bawang putih sampai naik bau.
- masukkan rempah soto, kacau seketika sehingga rempah sedikit garing.
- masuk daging cincang. kalau terlalu kering tambah sedikit air.
- bila daging dah masak, masukkan pula ubi kentang. masak sehingga ubi kentang empuk.
- sesuaikan rasa dgn garam & gula secukupnya.
- angkat inti & sejukkan seketika.
- di dlm mangkuk yg lain pukul telur & masukkan ke dlm inti yg dah siap dimasak.
- ambil sekeping kulit popiah. letakkan inti di tgh, lipat bentuk empat segi & lekatkan kulit popiah dgn bancuhan tepung jagung.
- panaskan sedikit shj minyak dlm pan atau kuali, goreng murtabak sehingga garing pd kedua-dua bahagian dgn menggunakan api yg perlahan.
Selamat Mencuba
- kak niza -

Carrot Smoothie Blended

sedap smoothie ni...sooo refreshing...tambahan pulak di bln puasa...kalo nak rasa cubalah sendiri resepi ni...

bahan2 :
2 btg carrot saiz sederhana
250ml susu segar
100ml susu cair
2 sudu besar susu pekat (kalo tak suka manis2, kurangkan susu pekat ni)
200ml air sejuk
ketulan ais secukupnya
cara:
- masukkan semua bahan di atas dlm blender & blend sampai halus.
- tuang dlm gelas & sedia diminum.
- jika suka boleh dihias dgn choc chips.
Selamat Mencuba
- kak niza -

Monday 7 September 2009

Black Pepper Beef With Steamed Brokoli & Cauliflower

resepi dr chef wan dlm rancangan "from the garden to the kitchen". mudah sgt & mmg sedap...ala2 chinese style giteww...

bahan2 :
500gm daging btg pinang
1 inci halia } ditumbuk halus

1 biji bwg besar } dihiris kasar
1-2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
3 sudu besar kicap manis2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos lada hitam (tak de pun tak pe)
1 cawan air1 sudu besar tpg jagung (bancuh dgn sedikit air utk pekatkn kuah)
1 mangkuk kecil brokoli } ptg kasar2
1 mangkuk kecil bunga kobis or cauliflower } ptg kasar2
garam & gula secukup rasa.

cara memasak :
- daging dibasuh bersih & dihiris nipis. kemudian perap daging dgn kicap manis & halia yg dah ditumbuk.
- perap lebih kurang 20-30 minit.
- stimkan or celur brokoli & bunga kobis tp jgn sampai layu. sdg2 elok je. ketepikan.
- panaskan sedikit minyak, goreng daging yg telah diperap sampai nampak garing.
- masukkan sos tiram, sos lada hitam & serbuk lada hitam kasar.
- tmbh air & goreng lg sampai daging cukup empuk. kalo suka rasa xtra lada hitam tmbh le lada hitam lg.
- masukkan pula hirisan bwg besar, garam & gula secukup rasa. grg sebati semuanya.
- akhir sekali pekatkan kuah dgn bancuhan tepung jagung.
- ketika menghidang susun brokoli & cauliflower & letak black pepper beef td di tgh2.

Selamat Mencuba
- kak niza -

Makaroni Goreng

sesekali tukar selera ke pasta pulak...

bahan2 :
3 cawan makaroni
3 ulas bwg putih } dicincang
1 biji bwg besar } dicincang
10 ekor udang } dibuang kepala
3 btg sosej } hiriskan & digoreng
2 keping isi ayam } dihiris
3 sudu besar cili kisar (boleh letak lebih kalau suka pedas)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 biji tomato } belah 6
1 mangkuk kecil cendawan butang } dihiris
garam secukup rasa
sedikit parutan cheese & serbuk oregano utk hiasan
cara memasak :
- makaroni direbus dahulu, tos & gaulkan dgn sedikit minyak masak or butter supaya tak melekat.
- panaskan sedikit minyak, tumis bwg putih & bwg besar sampai naik baunya.
- masukkan cili kisar, masak sampai garing, masuk pula sos cili, sos tomato & sos tiram. kacau mesra.
- masuk isi ayam & tambah sedikit air. goreng lg sampai isi ayam masak.
- masuk garam secukupnya & sesuaikan rasa mengikut selera sendiri.
- bolehlah dimasukkan sosej, makaroni, cendawan butang & tomato.
- gorengkan sebati. ketika menghidang boleh ditabur parutan cheese & serbuk oregano.

Selamat Mencuba
- kak niza -

Rich Chocolate Pudding

mcm mamam 'chocolate bar' je...anak2 mesti suka...YUMMYLICIOUS !!!!

bahan2 :
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1/2 cawan susu tepung (boleh diganti dgn coffee mate creamer)
1/2 sudu kecil garam
4 1/4 cawan air4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil esen vanila1 paket agar2 serbuk (8gm or 10 gm)
3 sudu besar butter

cara memasak :
- campurkan semua bahan dlm periuk kecuali butter.
- kacau atas api sederhana sampai mendidih.
- masukkan butter, kacau lg sampai adunan pekat.
- tuang adunan ke dlm acuan kegemaran anda.
- sejukkan. bila dah cukup beku bolehlah dihidangkan.

tips : basahkan sedikit acuan puding supaya puding mudah dikeluarkan bila beku nanti.

Selamat Mencuba
- kak niza -

Seafod Paprik

lps ni tak yah lg dah korang nak beli masak paprik ni kat kedai...masak je sendiri kat umah...simple je resepinya tp rasa tetap classss giteww...hehehehe...


bahan2:
5 ekor sotong } basuh bersih & hiris
6 ekor udang } dibuang kepala & basuh bersih
3 ulas bwg putih } diketuk1 btg serai } diketuk
1/2 biji bwg besar } dihiris kasar
5 biji cili padi } diketuk (kalo suka pedas boleh tmbh lg cili padi)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tiram utk masakan masam manis
3-4 helai daun limau purut
garam & gula secukup rasa.
cara :
- panaskan sedikit minyak, tumis bwg putih & serai sampai wangi.
- masukkan sos cili, sos tiram & sos tiram utk masakan masam manis. kacau sebati.
- kalo terlalu kering tmbhkan sedikit air.
- masukkan pula sotong & udang, gaul mesra dgn bhn sos.
- masukkan garam & gula secukup rasa. gaulkan sebati.
- bila sotong & udang hampir masak, masukkan cili padi, bwg besar & daun limau purut.
- gaul mesra semua bhn & biar sampai sotong & udang ckp masak. sesuaikan rasa ikut citarasa sendiri.
*kalo suka boleh juga ditambah sayur2an spt carot, bunga kobis, kcg pnjg or putik jagung dlm masakan paprik ini.
Selamat Mencuba
- kak niza -

Mee Goreng Basah

mee goreng mmg kegemaran kak niza & famili...

bahan2 :
500gm mee kuning } basuh bersih
3 ulas bwg putih } ditumbuk halus
3 ekor sotong } dipotong tidak terlalu nipis
15 ekor udang } saiz sederhana dibuang kepala shj
1 mangkuk kecil daging } dihiris nipis
1 biji tomato } belah 6
sawi secukupnya
taugeh secukupnya
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
1/2 sudu besar sos tiram
1 cawan air stok daging
2 cawan air panas
garam & gula secukup rasa
hirisan cili merah & daun sup utk hiasan
cara memasak :
- daging direbus & simpan 1 cawan air stok daging.
- panaskan minyak secukupnya, tumis bwg putih, dah naik bau masukkan cili kisar.
- cili dah masak, masuk sotong & udang, gaul sebati.
- masuk pula sos cili, sos tomato, kicap pekat & sos tiram, kacau sebati.
- masukkan daging, air stok daging & air panas, biar mendidih.
- tmbh garam & gula secukupnya & sesuaikan rasa.
- masukkan mee kuning, sawi & tomato, gaul sebati. kalo kuah nampak kering boleh tmbh sedikit air panas.
- akhirnya masukkan taugeh & gaul semua bhn sebati.
- ketika menghidang hiaskan dgn hirisan cili merah & daun sup.
*mee basah ini hendaklah dimakan segera sbb kalau biar terlalu lama kuah akan meresap & mee jd kembang...dah tak sedappp...
Selamat Mencuba
- kak niza -

Longan Tropical Delight

rasanya lemak2 manis & menyegarkan...sesuai diminum ketika cuaca panas2 gini...

bahan2 :
6 biji sengkuang cina (water chestnut)
1/2 sudu teh pewarna merah
3 sudu besar tepung ubi
1 tin longan
2 ulas nangka } dihiris nipis
1/2 tin susu cair
air gula secukupnya
ketulan ais secukupnya
air sejuk secukupnya

caranya :
- kupas kulit sengkuang cina, basuh bersih & potong dadu.
- letakkan pewarna merah pd sengkuang cina dan biarkan 20-30minit supaya warnanya meresap.
kemudian salutkan sengkuang cina dgn tepung ubi. gaul2kan supaya semuanya bersalut dgn elok.
- didihkan air di dlm periuk, rebus sengkuang cina yg bersalut tepung ubi td selama 3minit.
- kemudian diangkat, toskan & terus masuk ke dlm mangkuk berisi air ais. biar rendam selama 10minit.
- di dlm mangkuk campurkan longan dgn sirapnya sekali, hirisan nangka, susu cair, air gula, air sejuk & ketulan ais secukupnya.
- akhirnya masukkan sengkuang cina td, kacau sebati & sesuaikan rasa ikut citarasa sendiri.

Selamat Mencuba
- kak niza -

Siakap Stim Ala Nyonya


menu ni kak niza masak utk berbuka pd 1/9/09 yg lalu...dah selalu buat masak stim yg biasa tu...nak cari kelainan jd akak cuba le resepi ni...mmg superrrbbb!!!


bahan2 :
1 ekor ikan siakap (basuh bersih & dilumur dgn sedikit garam)
4 btg bendi } dihiris kasar
1 biji bwg besar } dipotong 4
1 biji tomato } dipotong 4
1 tangkai cili merah } dihiris halus memanjang
1 btg bunga kantan } dibelah 2

bahan2 A:
3 ulas bwg putih
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 btg serai1 biji bwg besar

*kisar semua bahan2 A sampai halus.

bahan2 B:
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar sos plum
sedikit air1 biji limau nipis } ambil jus shj
garam & gula secukup rasa

cara memasak:
- sediakan kukusan, didihkan secukup air.
- panaskan sedikit minyak, tumis bahan2 A sehingga naik bau.
- masukkan semua bahan B, tumis kesemua bahan sampai mesra & sedikit pekat.
- sesuaikan rasa dgn garam & gula secukupnya.
- siram sos yg telah siap dimasak atas ikan siakap.
- tabur dgn bendi, bwg besar, tomato, hirisan cili merah & bunga kantan.
- kukus sehingga ikan masak.
Selamat Mencuba
- kak niza -